Dapur Wawa PKP

Ok guys....arini cik wa nak share sikit masa kita bermula PKP 18 Mac 2020 tempoh hari....
Sepanjang tempoh PKP mcm2 cik wa try masakan....alhamdulillah....semua menjadi.....
Ok..utk arini...cikwa nk share resipi nasi arab ala2 cikwa....cik wa ada tgk resipi...then cikwa olah2 sendri...tmbh mne2 yg rase berkenan di hati๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Jom tgk resipi nasi arab ala cikwa๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Bahan2 utk penyediaan air stok

1 ekor ayam potong 8
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar garam
1 pek rempah perap

Cara2:
- Gaul ayam yang telah dipotong dengan rempah perap yg disediakan dan biarkan sehingga 5-10 minit
- masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk
- masukkan 1/5 liter (pastikan ayam tenggelam)
- masukkan bawang besar
- masukkan dua sudu besar garam
- rebus ayam selama 45 minit @ 1jam
- angkat dan sejatkan ayam
- tabur sedikit pewarna kuning di atas ayam agar nampak kekuningan.

Nasi
- panaskan minyak (2sudu besar) dalam periuk nasi (saya pnaskan dalam kuali, then baru masukkan dalam periuk nasi)
- masukkan bahan menumis yang telah disediakan (kayu manis, bunga lawang dan jintan)
- masukkan beras yg telah direndam selama 15-20minit
(kacau dan gaul hingga sebati)
- tuangkan air stok ayam dalam beras seruas jari.
- tambahkan air biasa sekiranya air stok td tidak mncukupi
- tambah 1 sudu garam dan sedikit pewarna kuning
- bila nasi sudah kering, buatkan beberapa lubang kecil dan taburkan lebihan serbuk pewarna td..then tutup kmbali tudung periuk dan tunggu hingga masak.

Salatah
2 biji timun batang
4 biji tomato
Sedikit perahan lemon
Sedikit cuka
Sedikit gula
1/2 sudu kecil garam.
Gaulkan semua bahan dan simpan dalam peti ais seketika

Sambal salsa
3 biji lada merah besar
3 biji cili api
3 biji tomato
1 sudu kecil garam
Gula secukup rasa
Sedikit perahan lemon

Kisar dengan sedikit cuka..Campurkan sedikit lemon lagi dan simpan seketika dalam peti ais...

Then boleh laaa terus nikmati juadah nasi arab ala cikwa๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Comments